Nov 20, 2010

Bye-bye 2010

Tahun 2010 bakal melabuhkan tirainya. Walaupun tahun 2010 boleh dianggap tahun yang perlahan bagi mezzoArt Photography tetapi kami tidak mahu jadikan ianya penghalang bagi kami melakukan sesuatu yang kami minat.

3 tahun di dalam bidang ini telah mengajar kami banyak perkara. Tetapi kami tidak menganggap 3 tahun itu menjadikan kami sebagai seseorang yang profesional, dan tidak pula kami menganggap yang pengalaman kami masih baru. Kami pastikan sekiranya anda di luar sana memilih kami, anda pasti akan berpuas hati.

Kami juga tahu bukan mudah untuk menyakinkan anda terutama dalam masa ini perniagaan perkhidmatan Wedding Photography tumbuh bagaikan cendawan. Dengan ketiadaan laman web rasmi serta kedai/studio rasmi yang anda boleh lawati mungkin menyebabkan ada di antara anda berasa kurang yakin dengan kami. Kami sedar akan perkara ini setelah 3 tahun berada di dalam perniagaan ini. Tetapi ada kebaikkan di sebalik kekuranga ini. Dengan ketiadaan perkara-perkara tersebut, kami dapat memberi harga-harga pakej yang menarik kerana tiada lagi kos pertambahan. Apa yang anda bayar hanya servis kami serta album gambar with no hidden charged.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua bekas-bekas pelanggan kami yang kami anggap seperti kawan tidak kiralah pelanggan baru atau lama. Keputusan anda memilih kami amat kami hargai.

Bermula tahun 2011, senarai harga dan pakej baru akan di perkenalkan. Tetapi anda tidak perlu risau kerana kepuasan anda terhadap perkhidmatan kami amat kami dahulukan.


Terima Kasih.

Saiful Nizam


No comments: